Cabutan Loteri (Berjudi) Untuk Bantu Kerja-Kerja Amal & Biasiswa Kata Menteri Respon Kepada Pembangkang YG Cadang Hapus Loteri.

Syarikat loteri dan nombor ramalan dibenar mengadakan cabutan khas pada hari-hari tertentu bagi membolehkan keuntungannya disalur untuk kegiatan amal

Justeru, kata Timbalan Menteri Kewangan II Datuk Lee Chee Leong, cabutan khas hari tertentu selain cabutan tetap pada hujung minggu itu tidak wajar dipertikaikan. 

"Sejak insiden wabak Nipah pada 1999, kerajaan membenarkan cabutan khas pada hari Selasa tertentu bagi membolehkan hasilnya disalurkan sebagai bantuan kepada mangsa-mangsa wabak ketika itu. 

"Namun selepas wabak itu, kerajaan tetap meneruskan cabutan khas selain setiap hari Rabu dan hujung minggu, bagi membolehkan syarikat-syarikat loteri menyalurkan keuntungan mereka dalam bentuk biasiswa, pembiayaan sukan dan bantuan kepada badan-badan amal," katanya kepada pemberita, hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan pembangkang supaya cabutan khas loteri dimansuhkan kerana merugikan rakyat. 

Terdahulu, Chee Leong menyampaikan sumbangan angpau dan hamper kepada 3,000 warga emas dari sekitar Lembah Klang sempena sambutan Tahun Baharu Cina. 

Sumbangan itu disediakan Sports Toto Malaysia Sdn Bhd yang memperuntukkan RM1.2 juta untuk diagihkan kepada 16,000 warga emas di seluruh negara. - Bernama

Inilah Nasib Seorang Ibu, Apabila Membela Anak Yang Menjadi Mangsa Seksual, Keluarga Pula Jadi Tukang Kutuk & Tambah Tekanan - Kenapa?

Oleh : Syed Azmi.
 
Seorang ibu telah menjumpai lukisan anaknya. Beliau amat terkejut, namun enggan mempercayai apa yang dilihatnya. Beliau sedar, anaknya yang berusia 10 tahun cuba menyampaikan sesuatu bukan secara langsung (saya pasti) kerana lukisan berkenaan adalah sebahagian dari diari milik anaknya yang terdapat di dalam kotak kristal hasil dari kelas seni. Walaubagaimanapun, beliau mengambil lukisan berkenaan dan berbual dengan anaknya.

Anaknya agak tidak senang duduk bila mendapati ibunya menemui lukisan itu. Menurut anaknya, itu bukanlah lukisan terkini dan enggan berbicara mengenai perkara itu. Si ibu enggan percaya, lalu cuba memaklumkan perkara itu kepada suaminya, namun si suami juga tidak faham. Beliau kemudian memaklumkan perkara itu kepada ibunya. Ibunya mengambil lukisan tersebut dan tidak pasti sama ada ibunya membuang atau menyimpan lukisan tersebut. Apa yang pasti, beliau tidak akan mendapat semula lukisan itu. 

Beliau menghubungi saya. Saya menyarankannya membuat laporan polis. Namun suaminya tidak bersetuju dan menganggap lukisan itu remeh. Ibunya (nenek kepada anak berkenaan) juga tidak berkata apa-apa. Jadi, mereka buat keputusan untuk melupakan perkara itu. 

Si ibu bagaimanapun telah membuat laporan polis dan berjaya mendapatkan seorang pegawai penyiasat menjalankan siasatan. Ketika sesi soal siasat yang berlangsung selama 5 jam, mereka menemui sesuatu. 

Kanak-kanak perempuan itu akhirnya bersuara dan bertanyakan soalan, "Selamat tak nak cerita di sini?"

Dari soal siasat tersebut, meeka mendapati lukisan itu bukan sekadar lukisan biasa. Sebaliknya kejadian yang benar dan pernah berlaku pada kanak-kanak itu ketika dia berusia 5 tahun, oleh seorang saudara yang rapat dengan keluarganya. 

Polis membuat laporan berdasarkan maklumat terbaru yang diperolehi dan meminta si ibu memberi deskripsi mengenai individu berkenaan. Si ibu kebingungan seketika, beliau kenal individu terbabit dan beri segala maklumat mengenai lelaki itu kepada polis. 

Akhirnya lelaki itu ditahan reman bagi membantu siasatan. 

Dalam masa yang sama, keluarga berkenaan menjadi kecoh. Kesemua mereka menyalahkan si ibu kerana membawa kes tersebut kepada pengetahuan pihak polis berbanding menyelesaikan secara dalaman sahaja. Malah, suaminya juga menentang tindakannya itu. 

"Saya dah cakap dah," katanya pada si isteri. 

Si ibu menerima tekanan hebat dari ahli keluarganya sendiri yang memaksanya menarik balik laporan polis yang telah dibuat. Dia menghubungi saya untuk meminta bantuan. Dia juga menghubungi pengawai penyiasat untuk untuk tujuan yang sama. 

Beliau sekali lagi bertanya pada anaknya, "Cakap betul-betul. Siapa buat? Ke A salah cakap?" 

Pada awalnya si anak mengangguk. Namun beberapa kali selepas itu, dia mula meragui dirinya. 

"Tolong saya Syed. Saya nak tarik balik laporan polis dan selesaikan masalah ini dengan keluarga," rayunya. 

"Okay," jawab saya. 


"Cuba terangkan kepada saya bagaimana cara awak nak selesaikan masalah itu?" soal saya lagi. 

Beliau tidak menjawab soalan itu. 

Perkembangan terkini mengenai kes ini? Tiada. Saya biarkan begitu sahaja. Tugas saya hanyalah untuk memastikan si ibu kekal dengan laporan polisnya. 

Hari ini, ada laporan seorang perempuan membuang bayinya sehingga menemui ajal. Gadis itu adalah seorang yang bijak pandai dan mempunyai rekod GGPA yang cemerlang, lalu diberikan peluang kedua. Saya tidak pasti dengan keseluruhan cerita kes tersebut. Itu sahaja fakta yang saya faham dan itupun saya dimaklumkan oleh ibunya. 

Teman lelaki kepada perempuan itu juga adalah seorang pelajar yang cemerlang dan pernah menjadi pelajar contoh. 

"Siapa yang puan lindungi?" soal saya lagi. 

Jawabnya, anaknya. 

"Puan perlukan seseorang untuk berbincang?" soal saya. 

"Saya adalah seorang ibu dan saya tahu apa yang terbaik untuk anak saya," katanya. 

"Puan mahu bercakap dengan seseorang tentang apa yang terbaik untuk puan?" 

"Tak perlu. Saya kebuntuan," katanya. 

Saya juga bercakap tentang teman lelaki anaknya yang mana juga masih di bawah umur ketika perkara itu berlaku. 

"Puan tidak mahu membantunya?"

"Encik Syed, hancur masa depan budak itu kalau saya teruskan! Encik Syed bukan berada dalam situasi saya. Mana Encik Syed faham!" bentak wanita itu. 

Benar, saya bukan berada di tempat puan. Tetapi saya fokus hanya pada anak puan, itu sahaja. Saya faham perkara ini akan menjadi panjang. Tapi tak mengapa. 

"Puan, anak puan tak pernah lupa malah lama benar dia menyimpan cerita ini. Apa maknanya itu?" soal saya. 

"Mungkin dia salah ingat orang" kata si ibu berkenaan. 

Terlalu banyak pihak yang perlu dinyatakan di sini. 

Jadikan ia sebagai satu pengajaran. Gambar berkenaan juga bukanlah gambar sebenar. 

Dalam tugas saya, biarpun tidak sempurna namun saya percaya dengan terus memberitahu kanak-kanak tentang keselamatan sama ada di sekolah, rumah atau mana-mana tempat seperti rumah datuk dan nenek adalah amat penting. Ini memberikan peluang yang lebih baik kepada kanak-kanak. 

Jika mereka faham tentang tempat selamat, sekurang-kurangnya mereka tahu di mana tempat untuk berkongsi tentang masalah yang mereka pendamkan. 

Kedua, ini bukan soal kerahsiaan. Ada rahsia baik dan tak baik. Secara keseluruhannya, kanak-kanak perlu tahu di tempat selamat, mereka selamat untuk bercerita tentang rahsia mereka. 

Akhir sekali, saya percaya dengan gerak hati kanak-kanak. Jika mereka tidak selesa, takut atau yang sewaktu dengannya, mereka akan terus menyatakannya. Dengarlah mereka dan inilah caranya yang akan membuatkan mereka menceritakan semuanya dengan selesa. Berlatihlah untuk menangani pendedahn dari mereka. Tolonglah. 

Dialihbahasa oleh : The Reporter.

Firma China Kini Jadi Kontraktor Bina Rumah Mampu Milik Di Perak, Dilantik Oleh Kerajaan Negeri.

PERUMAHAN: KENAPA BERI KEPADA PEMAJU CHINA? 


1. Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak mempersoalkan tindakan Kerajaan Negeri Perak melantik syarikat pembinaan daripada negara China sebagai kontraktor perumahan di negeri itu.

Pada 16 Januari lalu, Kerajaan Negeri Perak telah menandatangani perjanjian dengan China Huashi Enterprises Company Limited dalam melaksanakan projek fasa kedua Rumah Mampu Milik D Aman Residensi di Meru Raya. 

2. Kami mempersoalkan apakah kewajaran Kerajaan Negeri memberikan projek tersebut kepada syarikat asing sedangkan masih banyak pemaju dan syarikat tempatan yang mampu melaksanakan projek tersebut. Sedangkan, pembinaan rumah mampu milik bukanlah satu projek yang memerlukan kepakaran tertentu yang memungkinkan untuk memilih syarikat asing sebagai pemaju. 

3. Projek-projek seperti ini sewajarnya ditawarkan kepada pemaju tempatan dan ia secara tidak langsung memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini seterusnya merancakkan lagi sektor pembangunan di negeri ini. Pemuda AMANAH Negeri Perak mahu pihak kerajaan memberi jaminan terhadap kualiti kerja dan peluang pekerjaan yang ditawarkan kepada rakyat di negeri ini. 

5. Adakah pemilihan kontraktor ini dipilih melalui tender atau pilihan secara mutlak oleh Kerajaan Negeri Perak? Adakah kontraktor daripada China ini menawarkan kos pembinaan yang jauh lebih rendah daripada syarikat-syarikat tempatan? 

6. Sekiranya kosnya jauh lebih rendah, kami berharap tawaran perumahan kepada rakyat diberikan dengan harga yang lebih rendah dan berpatutan berbanding harga ketika ini. 

Tawarkan rumah yang benar-benar mampu milik, bukan hanya mampu tengok! Membina Negara Berintegriti 

#PemudaBekerja 

HASNUL ZULKARNAIN 
Ketua Pemuda AMANAH Negeri Perak

Pelajar Perempuan Ini Hamil Selepas Berzina Di Bilik Kosong Sekolah - Pihak Sekolah Perlu Kunci Bilik-Bilik Kosong Mulai Sekarang.

Berzina di Bilik Kosong di Sekolah
Sebelum ini pelajar berzina di tandas, kisah ini pulak, pelajar tingkatan 6 berzina di Bilik Kosong di sekolah. Mereka sama sama satu kelas, tinggal di asrama. Rumah mereka jauh dari sekolah dari kampung berbeza.

Bila ada peluang, projek berjalan tanpa rasa cuak. Mula sekali, kemudian diulangi lagi. Akhirnya ketagih apabila sudah tamat sekolah. Jika sekarang, usia kandungan sudah memasuki 21 minggu, bermakna ketika menduduki STPM yang lalu kandungan sudah 14 minggu, lebih dari 3 bulan.
Selepas tamat peperiksaan STPM, masing masing pulang ke rumah keluarga. Sudah payah untuk berjumpa. Yang lelaki katanya sudah bertaubat dan tidak mahu mengulangi perbuatan itu. Yang perempuan pulak, makin sepi, sunyi, gersang menjadi sangat sangat ketagih walaupun sedang mengandung. Emak bapa belum tahu, perubahan fizikal belum kelihatan.
Ikuti perbualan saya melalui whatsapp dengan bekas pelajar tingkatan 6 ini. Berzina di sekolah waktu petang, di Bilik Kosong.

Moral kisah ini didedahkan supaya pihak sekolah ambik tindakan segera mengunci semua bilik bilik yang tidak digunakan. Jika bilik itu mahu digunakan sebagai aktiviti persatuan, pastikan ada pemantauan oleh pihak berwajib. Jangan buka peluang untuk pelajar berdua duaan melakukan projek di dalamnya.
Kita tidak boleh menangani kes zina di luar, kita tangani kes zina di kawasan kita. Antara nasihat saya,
  1. Pintu pagar sekolah hanya dibenarkan dibuka menjelang 15 minit waktu perhimpunan.
  2. Semua laluan tangga naik ke kelas di kunci sehingga selesai waktu perhimpunan. Biarlah beg pelajar bersama pelajar tanpa perlu diletakkan di dalam kelas terlebih dahulu.
  3. Study group hanya dibenarkan dijalankan di kantin sekolah atau perpustakaan. Jangan benarkan di bilik kosong atau di Bengkel, mana tahu study group itu cuma dihadiri dua orang saja berlainan jantina.
  4. Apabila pelajar perempuan ke tandas, hanya benarkan jika pergi berdua denga kawan perempuan yang lain.
  5. Kunci semua bilik bilik kosong dan tandas yang jarang digunakan.
  6. Bersihkan kawasan sekitar sekolah dari rumput yang panjang sehingga membatas pandangan.
Memanglah kita tidak boleh menghalang orang berzina tetapi kita jangan buka peluang dan ruang. Amat ngeri dan menakutkan. Dimana lagi tempat selamat untuk anak anak belajar?
Saya menulis dari kisah benar dan dari pengalaman yang dilalui sebagai seorang guru suatu ketika dulu. Segera minda saya terbayang ruang ruang dan peluang untuk pelajar berzina tanpa kita sedari. Datang sekolah bukan semata mata untuk menuntut ilmu, bahkan mempraktikan ilmu yang tidak diajar di sekolah. Habis belajar dari mana? Smart phone, internet dihujung jari…
Siapa beri smartphone? Siapa beri duit topup internet?
Admin,
Muna liza binti Ismail
#BaitusSolehah
#AndaBijakJauhiZina

Datuk Bahri Didakwa Salahguna Kuasa.

Bekas pengarah operasi khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zain yang menimbulkan kekecohan baru-baru ini dengan persaraan awalnya, kali ini didakwa terbabit dalam penyalahgunaan kuasa. Bahri didakwa menyekat siasatan polis ke atas isterinya dalam pertikaian wasiat. 


Bahri didakwa menyalahgunakan kuasanya bagi memastikan tiada tindakan diambil ke atas laporan polis yang dibuat terhadap isterinya. Satu sidang media akan diadakan Jumaat ini bagi membongkar dakwaan penyalahgunaan kuasa itu, kata pembantu penganjur acara itu, Firdaus Kader kepada FMT. 

Firdaus berkata, isteri Bahri didakwa terbabit dalam pertikaian wasiat abangnya, Zamri Abdullah yang juga bekas presiden Kolej Islam Sains dan Teknologi (Kist). “Kami akan kemukakan bukti Jumaat ini dan mereka yang terjejas akibat penyalahgunaan kuasa Bahri juga akan hadir. 

“Kami percaya Bahri menggunakan kedudukannya dalam SPRM bagi memastikan laporan polis yang dibuat ke atas isterinya tidak diendahkan,” kata Firdaus. 

Sementara itu, sumber yang rapat dengan Bahri memberitahu FMT ini adalah usaha jelas untuk memfitnah bekas pengarah SPRM itu, selepas pendedahannya ketika mengumumkan persaraan awalnya, baru-baru ini. “Bahri menafikan dakwaan ini (salah guna kuasa).” 

Ditanya sama ada Bahri akan mengambil tindakan terhadap mereka yang memfitnah beliau, sumber itu berkata: “Beliau tidak mahu membuat laporan balas terhadap kakak iparnya kerana menghormati si mati (Zamri). 

“Dan beliau (Noraihan) ada anak untuk dibesarkan, jadi beliau mengambil berat tentang mereka.”

Sumber : Free Malaysia Today