t>

Breaking News

Ultraman Telah Diresapi Agenda Syiah Kata Ustaz Auni - Ultraman Mebius Ialah Imam Mahdi.



Jika anda fikir bahawanya penceramah bebas ini sedang melawak, hentikanlah sangkaan anda itu segera kerana sesungguhnya dia sangat serius dalam mengaitkan kewujudan 12 Ultraman adalah sebahagian daripada agenda Syiahsme.

Penceramah bebas tersebut yang dikenali dengan nama Ustaz Auni Mohammed menjelaskan angka 12 Ultraman significantly menpunyai kaitan dengan 12 Imam Besar Syiah. Bilangan Ultraman itu bukanlah dibuat secara sebarangan sebaliknya mempunyai agenda disebaliknya.


"Akibatnya keluar enam Ultraman zaman klasik awal, zaman saya tak lahir lagi Ultraman pertama keluar tahun 1966. Ini zaman tuan-tuan dok depan saya neh. Zaman Ultraman Hayata, Ultraman Zofi, Ultra 7, Ultraman Jet, Ultraman Ace, Ultraman Taro. Itu bukan zaman saya tu".

"Neh enam Ultraman awal. Kemudian timbul lagi enam Ultraman zaman moden. Untuk melengkapkan 12 itu. Ultraman Tiga zaman saya, zaman anak-anak, Ultraman Gaia, Ultraman Dina, Ultraman Max, Ultraman Nexus, Ultraman Mebius". 

Kata Ustaz Auni yang dipetik menerusi rakaman video Youtube.

"Faham tak neh? Ultraman sebenarnya ada 42. Mebius itulah sebenarnya Imam Mahdi. Siapa yang kena jadi Nabi Isa? Ultraman Zero itulah adaptasi Nabi Isa. Ultraman Bella ialah dajal."

Ujar Ustaz itu lagi.

Rakaman berkenaan mula disiarkan pada akhir tahun 2015. Pun begitu mendapat sindiran sinis dari penonton-penonton yang turut menyatakan respon di ruangan komen. - SozCyili.