t>

Breaking News

Budak Hingusan Kaki Kelab, Kaki Joget Tak Layak Tegur English Zahid Tempelak Blogger UMNO.


Hari ini (semalam) tokoh baru dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengungkitkan kononnya Bahasa Inggeris Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak lancar dalam Malaysiakini. 

Saya telah mendengar ucapan Zahid dalam you tube. Bagi saya, tidak timbul soal beliau tidak lancar membaca teks dalam bahasa Inggeris cuma loghat Jawanya masih ada walaupun berucap dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu ia bukanlah kesalahan yang besar kerana mesejnya jelas boleh difahami oleh ahli-ahli persidangan UNGA itu. 

Sepatutnya kita puji Zahid walaupun beliau bukanlah lulusan dari Oxford University tetapi beliau mampu berucap dalam Bahasa Inggeris. Zahid bukan seperti TPM lain yang pernah belajar di sekolah Inggeris sebaliknya beliau bersekolah agama Sekolah Agama Izudin Shah di Ipoh. 

Kalau beliau bersekolah Inggeris tapi tak lancar bercakap bahasa Inggeris barulah boleh beliau dianggap tidak fasih berbahasa Inggeris. Dalam sidang media, beliau selalu menjawab soalan dalam Bahasa Inggeris. Ini menunjukkan Zahid mampu berbahasa Inggeris dan tak perlulah Syed Saddiq menyuruh beliau ambil kelas Bahasa Inggeris. Siapa kamu nak ajar Zahid, Syed Saddiq? 

Budak hingusan seperti Syed Saddiq tampil kononnya menasihatkan TPM untuk belajar bahasa Inggeris, wahai Syed Saddiq kamu siapa untuk mengajar seorang Timbalan Perdana Menteri, ketika kamu masih hingusan dan mungkin masih memakai lampin TPM sudah bergelar ahli parlimen ketika kamu mula bersekolah tadika TPM sudah menjadi pengerusi Bank Simpanan Nasional dan ketika kamu baru masuk sekolah rendah beliau telah terdedah dengan dunia politik antarabangsa. 

Siapa kamu nak menasihatkan TPM? saya rasa kamu yang perlu pergi belajar ilmu dan adab menghormati orang yang lebih tua dari kamu dan cara menghormati seorang pemimpin. Apa gunanya fasih berbahasa inggeris jika tiada ilmu dan adab? Apa gunanya akal jika tidak mahu menggunakannya. 

Inikah anak muda yang PPBM mahu banggakan, anak muda yang tidak beradab? Apa perlunya nasihat dari seorang kaki kelab dan kaki joget seperti syed saddiq, saya harap TPM janganlah layan seorang kaki kelab seperti Saddiq ini, mungkin ketika beliau mengeluarkan kenyataan ini beliau sedang mabuk atau pun sedang berseronok di kelab-kelab malam. 

Akhir kalam, nasihat saya kepada saddiq habiskan sekolah kamu dahulu dan belajar ilmu serta adab bagaimana menghormati orang sebelum ingin memberi nasihat kepada orang yang lebih tua dari kamu. 

 Orang Jawa memang tidak hilang slang Jawa seperti mana orang Kelantan bercakap bahasa Inggeris dengan slang Kelantan. Oleh itu tidak timbul Zahid kurang fasih berbahasa Inggeris.

Malah jika kita tengok siri popular Mind Your Language, orang India yang bercakap bahasa Inggeris dalam siri tersebut bercakap dalam slang India yang menyebabkan penonton ketawa. Nampaknya netizen lebih nampak benda yang remeh dari segi sebutan sedangkan isi kandungan ucapan Zahid di perhimpunan UNGA itu yang wajar diulas. 

Sumber : Blogger UMNO, Catatan Zabidi.