t>

Breaking News

Nota Semangat Thaqif Buat Netizens Sayu.

Meninggal akhirnya
Pelajar sebuah madrasah tahfiz swasta di Johor Bahru, yang dipercayai dipukul oleh seorang pembantu warden dilaporkan meninggal dunia ketika dibacakan Yasin hari ini.
 

Adik Thaqif disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, pada jam 2.05 petang tadi lapor Bernama. 
Thaqif akan dibawa pulang ke Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi untuk dikebumikan di tanah perkuburan Felda berkenaan selepas bedah siasat selesai.  
Mohamad Thaqif Amin pada mulanya dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru, Rabu lalu susulan dipukul oleh pembantu warden asrama madrasah itu yang berusia 29 tahun.


Semalam, keluarga Mohamad Thaqif memaklumkan tangan kanan pelajar itu mungkin terpaksa dipotong pagi ini kerana sudah bertukar hitam hingga ke paras siku. Bagaimanapun pembedahan tersebut terpaksa ditangguhkan berikutan masalah jantung.
Jumaat lalu, kedua-dua belah kaki Mohamad Thaqif terpaksa dipotong.
Nota semangat buat netizens sayu
"Saya mahu jadi Huffaz dalam masa dua tahun. Saya pasti saya boleh. Kau boleh Thaqif.
Cara-cara untuk menjadi Huffaz
i. Dengar cakap ibu bapa
ii. Jaga solat lima waktu
iii. Menghafal surah-surah yang senang dahulu", katanya dalam catatan nota ringkas itu.
Nota yang kini tular di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Whatsapp mengundang rasa sayu dan simpati netizens berbilang bangsa dan agama.
Mereka menzahirkan rasa sedih berikutan membaca kata-kata semangat Thaqif ke atas dirinya yang berazam mahu menjadi seorang penghafaz Alquran yang berjaya namun cita-citanya itu tidak kesampaian apabila maut datang bertandang berikutan jangkitan kuman yang dihadapinya sejak minggu lepas.
Pemimpin politik ucap takziah
Kerajaan negeri dan seluruh Bangsa Johor berdukacita atas pemergian 'imam cilik' Mohd Thaqif Amin Mohd Gaddafi ke rahmatullah sebentar tadi, kata exco Johor Datuk Ayub Rahmat.
Pengerusi jawatankuasa kesihatan, alam sekitar, pendidikan dan penerangan negeri itu juga mengucapkan takziah kepada ibu bapa dan keluarga, lapor Malaysiakini
Datuk Seri Azalina Othman Said
Menteri di Jabatan Perdana Menteri


“Amat menyedihkan. Sayu sayu mendengarnya. Anak-anak adalah amanah yang perlu dijaga sama ada kita sebagai ibu bapa, guru atau sebagainya. Al-Fatihah.”
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri
“Menerima berita sedih pemergian adik Mohamad Thaqif Amin ke rahmatullah. Takziah pada keluarga, semoga ditemptkn bserama para syuhada. Al-Fatihah.”
Rafizi Ramli : Naib Presiden PKR/MP Pandan
“Saya menangis dalam hati dengan kembalinya allahyarham adik Thaqif. Apa tindakan masyarakat setiap kali kejadian menyayat hati berlaku?”
Teo Nie Ching : MP Kulai
“Salam takziah kepada seluruh keluarga allahyarham. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan soleh. We must not allow such tragedy to happen. (Kita tidak harus biarkan tragedi sebegini berlaku).

Kenyataan Pengetua MTAJ
Sebelum ini tular kenyataan dari Pengetua madrasah tempat di mana Tahqif belajar dan dipukul oleh warden asrama. Berikut kami kongsikan catatan yang dibuat pada 24 April lepas (Sumber : Oh Media)
Assalamualaikum. Saya tahu ramai sangat yg sedang argue. Tentunya.. Ramai yang minta penjelasan. Penjelasan yang macam mana saya boleh buat? Kerana saya tak mahu dilihat sedang membela diri. 

Demi Allah.. Sayalah orang yang paling sayu hati dan terkilan semalam. Saya dapat tahu dari Pegawai Jabatan Agama Johor. Thaqif masuk ke MTAJ batch kedua pada bulan Feb 2017. Dia lalui 40 hari pertama dengan kesukaran untuk serasikan diri. Tapi kami usahakan juga. Setiap hari didampingi... Sesekali kena marah, rasanya biasa. Rotan jauh sekali. 

31 March 2017, jumaat, bonda Thaqif datang nak berhentikan dia. Kerana Thaqif kata disebat guna getah paip di tapak kaki. Saya tak dapat beri sebarang penjelasan ketika itu kerana kena buat siasatan terlebih dahulu. Jadi petang jumaat tu Thaqif dibawa balik. Masih boleh jalan sendiri. 

Saya memang ralat sangat tak peluk Thaqif petang tu. Padahal beberapa kali saya pujuk dia dalam pelukan sebelum ni. Siasatan kita dapati. Memang benar. Syafiq, pembantu warden ada sebat pelajar guna getah paip di tapak kaki. Saya sangat marah kerana mengapa getah paip... Saya buat teguran dan beri amaran. 

Sebilangan pelajar dipanggil, diperiksa kaki. Alhamdulillah.. Tiada kecederaan. Dan pelajar terlibat terima keadaan tu bila syafiq minta maaf pada semua lepas syafiq ditegur. Guru2 kanan semua buat teguran. Tanda kami tak terima kaedah getah paip tu. Cuma masa itu kita terima permohonan maaf kerana puas hati bila tiada kecederaan pada fizikal pelajar. Kejadian berlaku empat hari sebelum Thaqif berhenti iaitu 28 March. Hari2 selepas itu pun, kita dapati pelajar tiada yang mengalami kecederaan. 

Saya panggil ke mesyuarat. Saya ulang dalam mesyuarat. Dasar MTAJ sangat berhati2 dengan menghukum pelajar. Petang thaqif berhenti kami pemegang amanah terus mesyuarat untuk tambah warden baru yang lebih dewasa dengan harapan pertimbangan akan lebih banyak. Selepas itu masa berlalu... 20 hari thaqif di rumah. 

Saya dapat makluman thaqif warded 19 April 2017. Dan jadi lebih kritikal... Kerana itu saya tak dapat jawab. Semua menunggu laporan perubatan. Polis pun menunggu laporan perubatan. Syafiq digantung tugas serta merta. Kami komited untuk beri kerjasama. Saya dapat tahu jam 6.00 petang. Lepas maghrib saya gerak ke HSI. Satu malam saya tak lelap.. Memikirkan thaqif. 

Harini saya tak putus berhubung dengan ayah bonda thaqif. Saya di madrasah solah hajat dengan pelajar. Kami doa panjang mintak Allah beri keajaiban. Mintak Allah beri yang terbaik. Saya mohon maaf kerana tak dapat beri jawapan buat masa ini. Siasatan sedang dijalankan.... Syafiq salah kerana memilih getah paip.. Memang salah

Tak pasti apa yang dia fikir. Tapi saya terima kemudian bila kadarnya tidak sepatutnya mencederakan pelajar. Allahu mustaan. Saya harap, tuan puan beri ruang pada Madrasah. 

Sikap individu tidak patut membusukkan madrasah secara keseluruhan. Apa lagi madrasah2 yang lain, yang tak terlibat pun. Bila orang ramai turut memandang serong pd institusi madrasah. 😭😭😭😥😢😢

Mohammad Afdhaluddin Bin Ismail 
Pengetua MTAJ